Tuesday, 29 November 2011

Slaid Power Point Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1

KAEDAH PENGGUNAAN SLAID POWER POINT
BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1
HARI ISNIN - KHAMIS


View more presentations from 810518136258.
 Bahan Bantu Mengajar dan Lembaran Kerja Bahasa Melayu Tahun 1 
 
View more documents from 810518136258.

REFLEKSI :
KEKUATAN :
           Memang tidak dinafikan penggunaan bahan bantu mengajar membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apa lagi bahagian set induksi yang yang merupakan permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika set induksi menarik, murid-murid akan berasa seronok belajar dan akan mengikuti apa yang guru ajar hingga akhir. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar juga murid-murid akan memahami dan mengetahui sesuatu topik yang diajar dan ini akan membuatkan objektif pelajaran tercapai pada hari tersebut.

KELEMAHAN :
             Penyediaan bahan bantu mengajar ini agak sukar sedikit kerana sekolah saya terletak di kawasan pedalaman sehingga menyukarkan saya mendapatkan bahan-bahan bagi pembinaan bahan bantu mengajar ini. Kadang-kadang saya mengeluh, bila lagi apa yang saya bina akan siap. Kalau sekolah saya di kawasan bandar, mungkin senang sedikit untuk menyediakan bahan-bahan tersebut. Walaupun begitu, ianya tidak begitu berat sehingga saya putus asa.

LANGKAH MENGATASI :
              Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu membuat persiapan awal. Contohnya, mencari bahan-bahan tersebut pada hujung minggu iaitu sebelum topik ini diajar pada minggu yang berikutnya. Selain itu, saya boleh membuat pesanan dengan kawan-kawan yang ada turun ke bandar yang berdekatan. Memang banyak cabaran dan dugaan mengajar di sekolah luar bandar, tetapi saya perlu berusaha tanpa mengenal penat lelah demi murid-murid yang paling saya sayangi. Kita sendiri mengetahui bahawa untuk menjadi seorang guru yang mendidik anak bangsa bukannya senang, tetapi biarlah hati kita ikhlas menjalankan tanggungjawab tersebut, maka berkatlah hidup kita.
Pautan WEB Bahan Bantu Mengajar dan Lembaran Kerja Bahasa Melayu Tahun 1 

Monday, 28 November 2011

SLIDESHARE RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 1 (4 HARI PENGAJARAN) DAN REFLEKSI PENGAJARAN.



REFLEKSI :
KEKUATAN :
            Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan selama 4 hari tersebut, kekuatan utama saya ialah penggunaan bahan antu mengajar yang menarik dan bersesuaian dengan tahap pemikiran murid-murid. Penggunaan slaid power point, Muzik, dan lembaran kerja berjaya menarik perhatian murid-murid. Bahan bantu mengajar yang menarik akan membuatkan murid-murid tertarik dengan topik yang dipelajari pada hari tersebut. Murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran hingga akhir. Saya juga senang hati apabila murid-murid memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas.
            Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan bahan bantu mengajar banyak membantu saya sebagai seorang guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khusunya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
            Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid-murid saya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah menggariskan beberapa perkara berkenaan "Bahasa Melayu hendakalah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan..." (Yahya Don, 2005).
Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar serta menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah satu pembelajaran yang amat membosankan.
            Jadi, berdasarkan kekuatan saya ini, dapat dirumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang dipilih sepanjang 4 hari pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tersebut mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar yang saya gunakan adalah pelbagai. Contohnya, dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran. Cara ini amat berkesan dan akan saya gunakan secara berterusan sepanjang saya mengajar.
KELEMAHAN :
            Kelemahan saya yang utama ialah saya terlalu beremosi apabila berhadapan dengan murid-murid yang nakal. Kadang-kadang saya memarahi budak ataupun membebel terlebih dahulu sebelum pengajaran bermula. Menurut Gragey, 1970, jika guru terlalu garang hingga murid terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat tetapi perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah. Walaupun begitu, keadaan ini tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
LANGKAH MENGATASI :
             Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif. Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu mengawal emosi apabila berhadapan dengan murid-murid yang nakal. Ini mengelakkan mereka daripada terasa hati ataupun berdendam dengan saya. Saya juga perlu bijak mendenda murid-murid. Contohnya, mendenda murid-murid dengan hukuman yang bersesuaian dan tidak menyakiti murid-murid di masa akan datang. Apabila dalam keadaan marah, saya perlu bersikap rileks, dan tenang. Saya perlu mengambil langkah yang bijak dengan mengambil kira apakah punca atau sebab mereka berkelakuan sedemikan. Jadi, barulah proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar pada hari tersebut.

Video Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Tahun 1 (2)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1

Hari     : Khamis
Tarikh : 7.10.2011
Masa   : 7.30-8.00 (30 minit)

Fokus  : 
Warna Ton - Penerokaan suara manusia iaitu suara bercakap, suara menyanyi, suara memanggil dan suara berbisik (intonasi, pic tinggi dan rendah)
Standard Kandungan :
Pengalaman Muzikal :
a. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo dan berkumpulan
Standard Pembelajaran :
1. Mendemostransi warna ton suara manusia dengan betul.
2. Mengajuk pic dengan tepat.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Video Lagu Mari Menyanyi (vokal)
2. CD Mari Menyanyi (instrumental)
3. Audio Pic tinggi dan rendah
Cadangan aktiviti :
1. Mendengar dan mengajuk warna ton suara manusia seperti bercakap, memanggil, berbisik dan menyanyi.
2. Menyanyi lagu Mari menyanyi. (Video Lagu Mari Menyanyi dan CD Mari Menyanyi)
3. Mendengar dan mengajuk pic tinggi dan rendah. (Audio pic rendah dan pic tinggi)
 

REFLEKSI :
KEKUATAN :
           Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya perhatikan kekuatan utama saya ialah, kejelasan dalam memberi arahan. Murid-murid faham segala arahan saya dan mengikut apa yang saya suruh. Contohnya, cara menggunakan suara yang sesuai mengikut situasi yang diberi iaitu perbezaan suara di antara situasi di pasar dan situasi di bilik darjah. Murid-murid berjaya menunjukkan ataupun menggunakan situasi yang diarahkan. Selain itu, murid-murid-murid juga berjaya menjawab soalan yang saya ajukan. Contohnya, bersoaljawab tentang warna ton ,
Soalan guru    :  "Antara suara berbisik dengan suara memanggil, suara mana yang mana lebih lembut?".
Murid-murid  :   Suara berbisik cikgu.
Jadi, jelaslah objektif pelajaran hari tersebut mencapai sasaran yang saya kehendaki.

KELEMAHAN :
          Kelemahan yang saya hadapi pada masa ini ialah, sistem audio yang kurang baik di mana kadang kala audio yang digunakan mengeluarkan suara dan kadang-kadang tidak. Keadaan ini sedikit-sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan tetapi tidak terjejas semuanya.

LANGKAH MENGATASI :
          Cara saya mengatasi masalah ini ialah saya perlu memastikan sistem audio yang hendak digunakan itu baik ataupun tidak di masa akan datang. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran saya perlu melihat semua keperluan, bahan, alatan dan sebagainya yang hendak digunakan untuk mengajar pada hari tersebut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1

Hari     : Selasa
Tarikh : 11.10.2011
Masa   : 8.30-9.00 (30 minit) 
Fokus  : 
Irama- Detik lagu
Tempo - cepat dan lambat
Standard Kandungan :
Pengalaman Muzikal :
a. Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
b. Membuat gerakan mengikut Muzik
Standard Pembelajaran :
1. Memainkan perkusi mengikut tempo
2. Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Video Lagu Malaysia baru (tempo cepat)
2. Lagu Setia (tempo lambat)
3. Selamat Pagi (detik)
Cadangan aktiviti :
1. Memainkan detik mengikut tempo yang ditetapkan menggunakan rhythm stikcs.
2. Permainan mengenal alat di dalam kelas menggunakan rhytm stikcs mengikut detik lagu, Selamat Pagi.
3. Membuat gerakan kreatif yang sesuai untuk menunjukkan tempo cepat dan lambat.
 

REFLEKSI : 
KEKUATAN :
          Pada hari tersebut, saya berjaya mengajar murid menepuk detik dengan betul. Murid-murid juga berjaya membuat gerakan kreatif yang sesuai untuk menunjukkan tempo cepat dan lambat. Apa yang saya perhatikan, murid-murid berasa seronok belajar topik ini. Mereka juga dengan penuh semangat menyanyikan lagu patriotik terebut. Ini menunjukkan saya berjaya menerapkan nilai patriotisme dalam diri mereka.

KELEMAHAN :
          Kelemahan utama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ialah suasana kelas agak bising kerana bahan bantu mengajar yang saya gunakan untuk menggantikan rhythm sticks ialah pembaris. Jadi, ada murid-murid memukul meja dan kerusi menggunakan pembaris tersebut. Malah ada yang mengusik rakan-rakan dengan pembaris itu. Walaupun begitu, keadaan ini tidaklah membahayakan murid-murid.

LANGKAH MENGATASI :
          Cara mengatasi masalah ini ialah saya perlu bertindak tegas dalam menangani murid-murid yang nakal. Di samping itu, saya juga perlu menunjukkan cara penggunaan pembaris yang betul bagi topik yang dipelajari. Jika semuanya berjalan lancar barulah objektif pelajaran pada hari tersebut tercapai 100%.

Thursday, 24 November 2011

Video Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Tahun 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1
Fokus : Gerakan berdasarkan permainan nyanyian (singing games)
Standard Kandungan :
Pengalaman Muzikal :
a. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan
b. Membuat gerakan mengikut Muzik
Standard pembelajaran :
a. Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a, e, i, o, u yang betul.
b. Membuatkan gerakan berdasarkan lirik dan mud Muzik
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :
a. Bercerita tentang Si Bongkok Tiga
b. Bersoal jawab dengan murid tentang cerita tersebut.
c. Menyebut lirik mengikut irama lagu.
d. Menyanyi lagu Nenek Si Bongkok Tiga
e. Memainkan permainan Nenek Si Bongkok Tiga sambil menyanyi.

REFLEKSI :
KEKUATAN/KELEBIHAN
            Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, banyak yang saya pelajari. Sememangnya ada kelebihan dan kekurangan yang saya dapati dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran ini.
            Kelebihan utama saya ialah ketegasan dan kelantangan suara. Memang suara saya lantang, tegas dan mempunyai penekanan pada babak-babak tertentu. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan seseorang guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung.
Ini bermakna, untuk mewujudkan hubungan dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal,  percakapan seseorang guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka seperti dengan menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid.
Suara yang lantang akan memudahkan murid-murid mendengar arahan pembelajaran dan seterusnya membantu pemahaman mereka terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
            Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
            Selain itu, kelebihan saya juga dari aspek interaksi saya dengan murid-murid. Berdasarkan pemerhatian berkenaan video tersebut, saya mengamalkan kepimpinan demokratik. Perkataan demokratik membawa maksud berkongsi kuasa di antara setiap ahli dalam sesuatu komuniti.
Saya mengamalkan sikap kepimpinan demokratik di mana saya bersedia berkongsi kuasa dengan murid-murid dalam pengurusan segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik darjah adalah hasil perbincangan di antara murid dengan bantuan dan bimbingan saya sebagai guru mereka.
Murid-murid berinteraksi secara dua hala dengan saya dan mereka juga cergas bertindak balas terhadap segala pengajaran di dalam bilik darjah. Apa yang saya perhatikan, murid-murid juga melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah. Suasana sosioekonomi juga dapat dipertingkatkan dan perhubungan saya dengan murid-murid menjadi mesra.
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, murid-murid tidak takut bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Secara tidak langsung, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan menyeronokkan. Di bawah situasi ini, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan dan semangat kerjasama serta sikap toleransi dapat dipupuk dengan baik.
 KEKURANGAN/KELEMAHAN
Kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran ini ialah tempat untuk menjalankan aktiviti tersebut tidak sesuai. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan aktiviti terhad dijalankan. 
Berdasarkan pemerhatian saya, bilik Muzik pada masa itu terpaksa digunakan sebagai tempat meletak barangan ataupun alatan bagi mengelakkan musibah banjir. Sekolah saya selalu dilanda banjir dan ini menyebabkan semua barangan dan peralatan sekolah terpaksa dipindahkan ke bilik Muzik memandangkan ianya terletak di kawasan yang tinggi. 
Di samping itu, kelemahan  saya ialah kurang peka dengan masalah murid-murid. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini terdiri daripada keluarga yang miskin tegar di mana mereka tidak mengetahui tentang apakah kemajuan yang berlaku di sekeliling mereka. Sampaikan saya mengherdik mereka jika mereka tidak mengetahui nama sesuatu alat Muzik tersebut. Kadang-kadang saya menghukum atau mendenda mereka jika melakukan kesilapan yang sukar saya maafkan.
LANGKAH MENGATASI / PENAMBAHBAIKAN
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini komunikasi yang berkesan di antara guru dan murid-murid. Sebagaimana yang dihuraikan dalam Model Schramn II, komunikasi yang berkesan hanya berlaku dalam bidang pengalaman yang bertindih di antara sumber (guru) dengan destinasi (murid). Impikasinya ialah keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kebolehan murid mentafsir mesej guru yang disampaikan. Jadi, ini bermakna komunikasi berkesan hanya berlaku apabila guru menyampaikan pelajaran dengan cara yang mudah difahami oleh murid, iaitu berdasarkan kebolehan murid yang berkesan.
Sehubungan itu, untuk komunikasi yang berkesan, guru hendaklah menggunakan suara yang lantang dan perkataan-perkataan yang boleh difahami oleh murid semasa menyampaikan pelajaran. Jadi, jika kita sebagai guru mengikuti strategi, teknik ataupun kaedah yang betul dalam pengajaran pembelajaran, tidak mustahil objektif pelajaran pada hari tersebut akan tercapai. Kita akan berupaya melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang di persada dunia. 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
Fokus : Mencipta corak irama
Standard Kandungan :
Pengalaman Muzikal :
a. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan
b. Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
Penghasilan Muzik : Menghasilkan idea muzikal kreatif.
Standard pembelajaran :
a. Menyanyi dengan postur yang betul (postur duduk, postur berdiri)
b. Memainkan perkusi mengikut detik (postur, cara memainkan)
c. Mencipta corak irama mudah
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :
a. Menyanyi dengan postur yang betul.
b. Mengajuk corak irama yang diberi oleh guru dengan sebutan yang betul.
c. Memainkan alat perkusi dengan bimbingan guru.



REFLEKSI :
KEKUATAN / KELEBIHAN
           Memang tidak dinafikan bahawa bahan bantu mengajar dapat menarik minat murid-murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dari mula hingga akhir bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dengan menunjukkan video ini, murid-murid dapat tahu tentang bagaimana menyanyi dengan postur yang betul . Postur duduk dan postur berdiri ketika menyanyi adalah penting untuk keselesaan dan cara sebutan yang betul. Menggunakan bahan bantu mengajar lebih membuatkan murid-murid faham tentang topik yang diajar, apatah lagi jika ilustrasi bahan yang digunakan cantik dan menarik.

KELEMAHAN / KEKURANGAN
          Walaupun begitu, murid-murid saya masih lagi belum mencapai 100% dalam bab ini kerana mereka masih ada yang bermain, duduk dan sebagainya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijlankan. Begitu juga ketika memainkan perkusi mengikut detik dan mencipta corak irama mudah. Murid-murid bergurau senda malah ada yang mengganggu kawan dengan alat perkusi yang mereka pegang. Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu lebih tegas mengatasi mereka dengan memberi hukuman ataupun dendaan yang sesuai dengan mereka murid-murid Tahun 2. Namun, apa yang saya perhatikan, murid-murid berasa seronok sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran walaupun terpaksa tegas dengan mereka.

LANGKAH MENGATASI / PENAMBAHBAIKAN
Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu lebih tegas lagi dengan murid-murid. Saya akan memberi denda yang bersesuaian dengan kesilapan yang mereka lakukan. Jika cara saya betul, nescaya mereka dapat mencapai objektif pembelajaran yang saya lakukan pada hari tersebut.


Salah satu video murid-murid  saya iaitu murid-murid Tahun 2 SK NG Beguang yang melakukan pergerakan mengikut Muzik.


Wednesday, 23 November 2011

Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Muzik Tahun 1 (KSSR)

1. Menggunakan video yang dimuat turun daripada internet
a. Cara memegang dan bermain  kastanet

b. Cara memegang dan bermain dram samping

c. Latihan menepuk irama mengikut detik


REFLEKSI :
Menggunakan bahan bantu mengajar dapat menarik perhatian murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dari mula hingga akhir sesi tersebut. Mereka akan berasa seronok jika melihat sesuatu video dan sebagainya. Saya juga turut gembira jika mereka dapat mengikuti apa yang saya ajar. Objektif pelajaran turut tercapai jika mereka memahami dan mengikuti sesuatu pembelajaran itu. Menggunakan audio visual juga turut mempercepatkan pemahaman murid-murid tentang sesuatu yang dipelajari. Sama ada langkah, teknik mahupun cara penggunaan sesuatu alat Muzik tersebut. Cara ini sejajar dengan kehendak ataupun keinginan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara yang mahukan murid-murid berkembang dari aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial).

Friday, 7 October 2011

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MUZIK

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Tahun               : 1

Hari / Tarikh   : Khamis /
                          6 Oktober 2011

Masa                : 30 minit
                           (7.30-8.00)

Fokus               : Ekspresi:- tempo cepat dan lambat

Standard Kandungan :
Pengalaman Muzikal
1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpula
2. Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.

Objektif Pengajaran   :
Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. Menyanyi Lagu Selamat Pagi mengikut tempo.
2. Menepuk detik lagu Selamat Pagi.

Pengalaman Sedia ada :
- Murid-murid pernah menyanyikan lagu kanak-kanak

Bahan bantu mengajar : 
CD lagu : Track 01 (Selamat Pagi-vokal)
Track 02 (Selamat Pagi-instrumental)
Kad Ikon : kanak-kanak dan guru

Penyerapan nilai : 
Berdisiplin - mengikut arahan, bekerjasama - aktiviti berkumpulan

Kemahiran berfikir: 
Membezakan tempo cepat dan lambat.

EMK (Elemen Merentas Kurikulum) :
Kreativiti - Menyanyi dengan mengubah tempo secara kreatif..


  
REFLEKSI : Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran diadakan, murid-murid aktif kerana mereka memang suka menyanyi dan melakukan pergerakan. Ini mungkin disebabkan faktor persekitaran di mana mereka tinggal di kawasan pedalaman yang tiada Muzik ataupun jarang mendengar Muzik. Perasaan saya ketika melihat mereka begitu bersemangat ialah sangat gembira kerana objektif pelajaran pada hari ini tercapai 100%.

ALAT-ALAT MUZIK

Xilofon juga alat Muzik bermelodi dan mempunyai kesamaan dengan melodian. Dipukul pada permukaan-permukaan balang. setiap balang ditetapkan bunyinya A hingga G.
Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Bunyinya 'tak! tak!'
Kayu tik-tok diperbuat daripada kayu. Bunyinya, 'tik! tok!'.
Loceng pemegang yang dibuat daripada plastik manakala loceng kecil dibuat daripada logam. Bunyinya, 'ling, ling'.
Melodian juga dikenali sebagai 'pinika' adalah sejenis alat Muzik bermelodi dan pelbagai bunyi mengikut not tersendiri.       
Tamborin diperbuat daripada plastik atau kayu. Bunyinya, 'cing! cing!'.   
Simbal berbentuk leper dengan bahagian tengahnya bercembul dan diperbuat daripada tembaga. Tali dibuat daripada kulit. Bunyinya, 'ceng! ceng!'.



Dram samping/Dram getar mempunyai gegetar pada permukaan bawah. Gegetar bergetar apabila permukaan atas diketuk. Bunyinya 'dum!, dum!'.

DAFTAR KATA DALAM PENDIDIKAN MUZIK KBSR

BALUK : 5 garis selari dan 4 ruang kosong di antaranya, yang digunakan untuk menulis not-not Muzik.

BAR : Ruang di antara 2 garis bar

EKSPRESI : Melahirkan perasaan dengan gaya atau tutur kata.

GARIS BAR : Garis tegak yang dilukis merentangi baluk berdasarkan tanda dalam penulisan Muzik.
GARIS BAR KEMBAR (garis bar) : 2 garis tegak di penghujung sesuatu irama atau lagu

IKON : Simbol untuk merujuk nilai not.

KIRAAN RENTAK :Unit masa dalam Muzik, iaitu kiraan tetap dalam sesuatu bar. Contoh: 2,3 atau 4 rentak dalam satu bar.

MELODI : Bunyi solo yang dihasilkan daripada susunan not-not dalam bentuk tertentu.

METER (tanda masa) : Menunjukkan bilangan detik dalam setiap bar.

MUD : Ragam perasaan

NILAI NOT : Melambangkan jangka masa sesuatu bunyi (panjang/pendek) yang menentukan nilai masanya (kiraan  rentak)

PIC: Aras bunyi atau tinggi rendah bunyi.

SKOR : Satu penulisan Muzik yang lengkap

TEMPO : Kelajuan detik dalam Muzik
                                                       

LAGU KANAK-KANAK : NENEK JANTUNGKU (LIRIK DALAM BAHASA MELAYU, BAHASA CINA DAN BAHASA TAMIL)

LIRIK DALAM BAHASA MELAYU
JANTUNGKU
Dengar rasa jantung berdebar,
Tiap detik tiada hentinya,
degupan jantung kita,
Syukur pada yang esa,


LIRIK DALAM BAHASA CINA:
Wo De Xin Zai Tiou

Ting ting gan jue xin er zai tiou dong,
pu tong pu tong yong yuan bu ting xi,
ting na xin er zai tiou dong,
gan xie shang cang di en ci.

                                       LIRIK DALAM BAHASA TAMIL :
                                        ITHAYA THUDIPPU
                                        Ithaya thudippai unarunggal ovvoru ganamum,
                                        thudikkindrathe naadi tudippu nirpathillai,
                                        Iraivannukke naam nandri solvom...



Wednesday, 28 September 2011

LIRIK LAGU KANAK-KANAK : SURIRAM DAN ACHI ACHI....

SURIRAM

Suriram ram ram,
Suri ram ram,
Suriram yang manis,
Aduhai, suriram sayang!
Makin dipandang bertambah manis...

Tinggilah tinggi si matahari,
Suriram........
Anaklah kerbau mati tertambat...
Suriram..
Sudahlah lama aku mencari sayang,
Baru sekarang aku mendapat...

Suriram ram ram,
Suri ram ram,
Suriram yang manis,
Aduhai, suriram sayang!
Makin dipandang bertambah cantik,

                                 ACHI-ACHI
Achi achi buka pintu,
      Nana balik hai pukul satu,
      Jangan takut burung hantu,
            Nana bawa tongkat semambu,

Nana nana lekas pulang,
  Achi takut tinggal seorang,
          Belakang rumah ada jembalang,
                                             Matanya sepet hidungnya belang,

 Achi achi jangan takut,
   Nana ada parang kontot,
            Hantu syaitan semuanya kecut,
            Nampak parang gerenti cabut...

         Kalau nana bilang begitu,
         Baru senang rasa hatiku,
         Kalau datang syaitan dan hantu..
         Achi pukul dengan penyapu...

LAGU KANAK-KANAK : SHUI ZAI ZUO NONG WO, LENGGANG KANGKUNG DAN CAN MALICAN

LIRIK BAHASA CINA,
SHUI ZAI ZUO NONG WO (SIAPA GURAU SENDA)


Shi shui shi shui shi shui shi shui zai zuo nong wo?
Wo shi sen lin zhi wang, bu yao lai chao xing wo.
bao qian wo bing bu shi gu yi.
Kai kai wan xiou qian wan bu yao sheng qi.


LENGGANG KANGKUNG

Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkong di tepi kolam,
Kalau kita sombong,
Nanti kita tak ada kawan...

Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkung di tepi sawah,
Kalau nasib untung,
Tahun depan dapat sekolah......

Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkung tepi telaga,
Jangan bercakap bohong,
Semua orang tak suka...

Lenggang-lenggang kangkung..
Kangkung berbatas-batas,
Kalau orang sombong,
Tentu mendapat balas..

CAN MALICAN

Di mana dia,
anak kambing saya,
Anak kambing saya,
sedang berlari-lari.....

Di mana dia,
buah hati saya,
Buah hati saya,
yang pakai baju merah....

Can malican oi oi,
Can malican oi oi,
Can malican ketipung payung..

Kalau nak tahu,
anak kambing saya,
Anak kambing saya,
duduk di tengah padang........

Kalau nak tahu,
buah hati saya,
Buah hati saya,
adik berambut panjang.....
Can malican oi oi,
Can malican oi oi,
Can malican,
ketipung payung....

Tuesday, 27 September 2011

LAGU KANAK-KANAK : MARI MENYANYI, SAYANG SEMUA DAN TANYA SAMA POKOK...

MARI MENYANYI
Rendah tinggi, rendah tinggi,
Mari menyanyi,
Pic rendah, pic tinggi,
Itu melodi...

SAYANG SEMUA

Satu, satu saya sayang ibu,
Dua, dua juga sayang ayah,
Tiga-tiga sayang adik kakak,
Satu dua, tiga,
Sayang semuanya...

TANYA SAMA POKOK

Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang,...
Tanya sama angin,
Apa sebab goncang,
Nanti jawab angin,
                                Tanyalah awan.........
Awan nanti kata,
Aku kandung air,
Sampai tempat sejuk,
 Aku pun cair..

Lihat dalam air,
Nampak bayang-bayang,
Campak satu batu....
Bayang pun hilang!

LAGU KANAK-KANAK : LOMPAT SI KATAK LOMPAT, ANAK IKAN DAN SELAMAT PAGI


LOMPAT SI KATAK LOMPAT
Lompat si katak Lompat!
Lompatlah tinggi-tinggi, tinggi!
Cepatlah adik cepat,
Cepatlah bangun pagi-pagi..

Kalau adik malas bangun,
Pagi-pagi hari,
La la la la la,
                                 La la la la la,
                                 Nanti adik rugi..

Kalau adik malas lagi,
Malas bangun pagi,
La la la la la,
La la la la la,
Nanti adik rugi.



ANAK IKAN

Anaklah ikan,
Anak ikan Dimakan ikan,
Ikanlah kecil, Ikanlah kecil,
Banyak tulangnya,

Marilah kita,
Marilah kita bersukaria,
Sambil bernyanyi,
Sambil bernyanyi, gelak ketawa....

 SELAMAT PAGI

Selamat pagi, kami ucapkan,
kepada guru dan juga kawan,
La la la li lu, (3X)
La la la.....                                     

Monday, 26 September 2011

PENGAJARAN MUZIK TAHUN 1

PENGENALAN

MUZIK ITU INDAH..
MUZIK ITU MENENANGKAN JIWA..
MUZIK ITU LUAHAN HATI...
MUZIK MEMBUATKAN KITA GEMBIRA, LA LA LA LA.............

            

        Johami Abdullah, 1993, dalam bukunya 'Pendidikan Muzik Semasa', Lowell Manson, seorang tokoh pendidikan Muzik yang pernah digelar 'Bapa Pendidikan Muzik' di Amerika berpendapat bahawa semua pelajar boleh membawa banyak kebaikan kepada individu. Muzik mempunyai potensi untuk membantu seseorang individu:
a. menyedari keesaan Tuhan dengan lebih mudah
b. mendapat dan merasai ketenangan jiwa di paras yang lebih tinggi
c. menjadi warganegara yang lebih gembira dan harmoni.
          Tema bagi mata pelajaran Tahun 1 ialah Aku dan Muzik yang merupakan platform awal kepada murid-murid untuk memahami dan mengenal Muzik. Pelbagai aktiviti yang dirancang dan disaran bertujuan menyediakan peluang kepada murid meneroka elemen Muzik menerusi aktiviti Muzikal seperti bernyanyi, bermain alat Muzik, menghasilkan idea Muzikal serta membuat aktiviti gerakan. Selain itu, murid juga berpeluang untuk mengaitkan perasaan, persekitaran dan budaya mereka dalam setiap aktiviti Muzikal  dalam suasana gembira dan ceria.