Tuesday 29 November 2011

Slaid Power Point Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1

KAEDAH PENGGUNAAN SLAID POWER POINT
BAGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 1
HARI ISNIN - KHAMIS


View more presentations from 810518136258.
 Bahan Bantu Mengajar dan Lembaran Kerja Bahasa Melayu Tahun 1 
 
View more documents from 810518136258.

REFLEKSI :
KEKUATAN :
           Memang tidak dinafikan penggunaan bahan bantu mengajar membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Apa lagi bahagian set induksi yang yang merupakan permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Jika set induksi menarik, murid-murid akan berasa seronok belajar dan akan mengikuti apa yang guru ajar hingga akhir. Dengan penggunaan bahan bantu mengajar juga murid-murid akan memahami dan mengetahui sesuatu topik yang diajar dan ini akan membuatkan objektif pelajaran tercapai pada hari tersebut.

KELEMAHAN :
             Penyediaan bahan bantu mengajar ini agak sukar sedikit kerana sekolah saya terletak di kawasan pedalaman sehingga menyukarkan saya mendapatkan bahan-bahan bagi pembinaan bahan bantu mengajar ini. Kadang-kadang saya mengeluh, bila lagi apa yang saya bina akan siap. Kalau sekolah saya di kawasan bandar, mungkin senang sedikit untuk menyediakan bahan-bahan tersebut. Walaupun begitu, ianya tidak begitu berat sehingga saya putus asa.

LANGKAH MENGATASI :
              Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu membuat persiapan awal. Contohnya, mencari bahan-bahan tersebut pada hujung minggu iaitu sebelum topik ini diajar pada minggu yang berikutnya. Selain itu, saya boleh membuat pesanan dengan kawan-kawan yang ada turun ke bandar yang berdekatan. Memang banyak cabaran dan dugaan mengajar di sekolah luar bandar, tetapi saya perlu berusaha tanpa mengenal penat lelah demi murid-murid yang paling saya sayangi. Kita sendiri mengetahui bahawa untuk menjadi seorang guru yang mendidik anak bangsa bukannya senang, tetapi biarlah hati kita ikhlas menjalankan tanggungjawab tersebut, maka berkatlah hidup kita.
Pautan WEB Bahan Bantu Mengajar dan Lembaran Kerja Bahasa Melayu Tahun 1 

No comments:

Post a Comment