Monday, 28 November 2011

Video Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Muzik Tahun 1 (2)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1

Hari     : Khamis
Tarikh : 7.10.2011
Masa   : 7.30-8.00 (30 minit)

Fokus  : 
Warna Ton - Penerokaan suara manusia iaitu suara bercakap, suara menyanyi, suara memanggil dan suara berbisik (intonasi, pic tinggi dan rendah)
Standard Kandungan :
Pengalaman Muzikal :
a. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo dan berkumpulan
Standard Pembelajaran :
1. Mendemostransi warna ton suara manusia dengan betul.
2. Mengajuk pic dengan tepat.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Video Lagu Mari Menyanyi (vokal)
2. CD Mari Menyanyi (instrumental)
3. Audio Pic tinggi dan rendah
Cadangan aktiviti :
1. Mendengar dan mengajuk warna ton suara manusia seperti bercakap, memanggil, berbisik dan menyanyi.
2. Menyanyi lagu Mari menyanyi. (Video Lagu Mari Menyanyi dan CD Mari Menyanyi)
3. Mendengar dan mengajuk pic tinggi dan rendah. (Audio pic rendah dan pic tinggi)
 

REFLEKSI :
KEKUATAN :
           Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya perhatikan kekuatan utama saya ialah, kejelasan dalam memberi arahan. Murid-murid faham segala arahan saya dan mengikut apa yang saya suruh. Contohnya, cara menggunakan suara yang sesuai mengikut situasi yang diberi iaitu perbezaan suara di antara situasi di pasar dan situasi di bilik darjah. Murid-murid berjaya menunjukkan ataupun menggunakan situasi yang diarahkan. Selain itu, murid-murid-murid juga berjaya menjawab soalan yang saya ajukan. Contohnya, bersoaljawab tentang warna ton ,
Soalan guru    :  "Antara suara berbisik dengan suara memanggil, suara mana yang mana lebih lembut?".
Murid-murid  :   Suara berbisik cikgu.
Jadi, jelaslah objektif pelajaran hari tersebut mencapai sasaran yang saya kehendaki.

KELEMAHAN :
          Kelemahan yang saya hadapi pada masa ini ialah, sistem audio yang kurang baik di mana kadang kala audio yang digunakan mengeluarkan suara dan kadang-kadang tidak. Keadaan ini sedikit-sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan tetapi tidak terjejas semuanya.

LANGKAH MENGATASI :
          Cara saya mengatasi masalah ini ialah saya perlu memastikan sistem audio yang hendak digunakan itu baik ataupun tidak di masa akan datang. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran saya perlu melihat semua keperluan, bahan, alatan dan sebagainya yang hendak digunakan untuk mengajar pada hari tersebut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1

Hari     : Selasa
Tarikh : 11.10.2011
Masa   : 8.30-9.00 (30 minit) 
Fokus  : 
Irama- Detik lagu
Tempo - cepat dan lambat
Standard Kandungan :
Pengalaman Muzikal :
a. Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir.
b. Membuat gerakan mengikut Muzik
Standard Pembelajaran :
1. Memainkan perkusi mengikut tempo
2. Membuat gerakan berdasarkan dinamik, pic, tempo dan bunyi.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Video Lagu Malaysia baru (tempo cepat)
2. Lagu Setia (tempo lambat)
3. Selamat Pagi (detik)
Cadangan aktiviti :
1. Memainkan detik mengikut tempo yang ditetapkan menggunakan rhythm stikcs.
2. Permainan mengenal alat di dalam kelas menggunakan rhytm stikcs mengikut detik lagu, Selamat Pagi.
3. Membuat gerakan kreatif yang sesuai untuk menunjukkan tempo cepat dan lambat.
 

REFLEKSI : 
KEKUATAN :
          Pada hari tersebut, saya berjaya mengajar murid menepuk detik dengan betul. Murid-murid juga berjaya membuat gerakan kreatif yang sesuai untuk menunjukkan tempo cepat dan lambat. Apa yang saya perhatikan, murid-murid berasa seronok belajar topik ini. Mereka juga dengan penuh semangat menyanyikan lagu patriotik terebut. Ini menunjukkan saya berjaya menerapkan nilai patriotisme dalam diri mereka.

KELEMAHAN :
          Kelemahan utama sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ialah suasana kelas agak bising kerana bahan bantu mengajar yang saya gunakan untuk menggantikan rhythm sticks ialah pembaris. Jadi, ada murid-murid memukul meja dan kerusi menggunakan pembaris tersebut. Malah ada yang mengusik rakan-rakan dengan pembaris itu. Walaupun begitu, keadaan ini tidaklah membahayakan murid-murid.

LANGKAH MENGATASI :
          Cara mengatasi masalah ini ialah saya perlu bertindak tegas dalam menangani murid-murid yang nakal. Di samping itu, saya juga perlu menunjukkan cara penggunaan pembaris yang betul bagi topik yang dipelajari. Jika semuanya berjalan lancar barulah objektif pelajaran pada hari tersebut tercapai 100%.

No comments:

Post a Comment