View more presentations from 810518136258.
REFLEKSI :
KEKUATAN :
Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan selama 4 hari tersebut, kekuatan utama saya ialah penggunaan bahan antu mengajar yang menarik dan bersesuaian dengan tahap pemikiran murid-murid. Penggunaan slaid power point, Muzik, dan lembaran kerja berjaya menarik perhatian murid-murid. Bahan bantu mengajar yang menarik akan membuatkan murid-murid tertarik dengan topik yang dipelajari pada hari tersebut. Murid-murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran hingga akhir. Saya juga senang hati apabila murid-murid memberi tumpuan ketika belajar di dalam kelas. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan bahan bantu mengajar banyak membantu saya sebagai seorang guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khusunya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid-murid saya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah menggariskan beberapa perkara berkenaan "Bahasa Melayu hendakalah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan..." (Yahya Don, 2005).Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar serta menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah satu pembelajaran yang amat membosankan.
Jadi, berdasarkan kekuatan saya ini, dapat dirumuskan bahawa bahan bantu mengajar yang dipilih sepanjang 4 hari pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1 tersebut mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar yang saya gunakan adalah pelbagai. Contohnya, dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran. Cara ini amat berkesan dan akan saya gunakan secara berterusan sepanjang saya mengajar.
KELEMAHAN :
Kelemahan saya yang utama ialah saya terlalu beremosi apabila berhadapan dengan murid-murid yang nakal. Kadang-kadang saya memarahi budak ataupun membebel terlebih dahulu sebelum pengajaran bermula. Menurut Gragey, 1970, jika guru terlalu garang hingga murid terlalu takut kepadanya, maka pertentangan terus tidak dibuat tetapi perasaan geram akan disalurkan kepada orang ketiga yang tidak bersalah. Walaupun begitu, keadaan ini tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.LANGKAH MENGATASI :
Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif. Untuk mengatasi masalah ini, saya perlu mengawal emosi apabila berhadapan dengan murid-murid yang nakal. Ini mengelakkan mereka daripada terasa hati ataupun berdendam dengan saya. Saya juga perlu bijak mendenda murid-murid. Contohnya, mendenda murid-murid dengan hukuman yang bersesuaian dan tidak menyakiti murid-murid di masa akan datang. Apabila dalam keadaan marah, saya perlu bersikap rileks, dan tenang. Saya perlu mengambil langkah yang bijak dengan mengambil kira apakah punca atau sebab mereka berkelakuan sedemikan. Jadi, barulah proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar pada hari tersebut.
No comments:
Post a Comment