Tuesday, 27 September 2011

LAGU KANAK-KANAK : MARI MENYANYI, SAYANG SEMUA DAN TANYA SAMA POKOK...

MARI MENYANYI
Rendah tinggi, rendah tinggi,
Mari menyanyi,
Pic rendah, pic tinggi,
Itu melodi...

SAYANG SEMUA

Satu, satu saya sayang ibu,
Dua, dua juga sayang ayah,
Tiga-tiga sayang adik kakak,
Satu dua, tiga,
Sayang semuanya...

TANYA SAMA POKOK

Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang,...
Tanya sama angin,
Apa sebab goncang,
Nanti jawab angin,
                                Tanyalah awan.........
Awan nanti kata,
Aku kandung air,
Sampai tempat sejuk,
 Aku pun cair..

Lihat dalam air,
Nampak bayang-bayang,
Campak satu batu....
Bayang pun hilang!

1 comment:

  1. masih ada lagi kah lagu ini? tajuk 3 sekawan

    Ada seorang kawan,
    Namanya Ah Meng,
    Dia juga berkawan,
    Namanya Muthu,

    Kami berkawan baik,
    Sama sedarjah,
    Belajar bersama,
    Main bersama,

    Hey hey hey (2x)
    Tiga sekawan...

    ReplyDelete