Wednesday, 28 September 2011

LIRIK LAGU KANAK-KANAK : SURIRAM DAN ACHI ACHI....

SURIRAM

Suriram ram ram,
Suri ram ram,
Suriram yang manis,
Aduhai, suriram sayang!
Makin dipandang bertambah manis...

Tinggilah tinggi si matahari,
Suriram........
Anaklah kerbau mati tertambat...
Suriram..
Sudahlah lama aku mencari sayang,
Baru sekarang aku mendapat...

Suriram ram ram,
Suri ram ram,
Suriram yang manis,
Aduhai, suriram sayang!
Makin dipandang bertambah cantik,

                                 ACHI-ACHI
Achi achi buka pintu,
      Nana balik hai pukul satu,
      Jangan takut burung hantu,
            Nana bawa tongkat semambu,

Nana nana lekas pulang,
  Achi takut tinggal seorang,
          Belakang rumah ada jembalang,
                                             Matanya sepet hidungnya belang,

 Achi achi jangan takut,
   Nana ada parang kontot,
            Hantu syaitan semuanya kecut,
            Nampak parang gerenti cabut...

         Kalau nana bilang begitu,
         Baru senang rasa hatiku,
         Kalau datang syaitan dan hantu..
         Achi pukul dengan penyapu...

LAGU KANAK-KANAK : SHUI ZAI ZUO NONG WO, LENGGANG KANGKUNG DAN CAN MALICAN

LIRIK BAHASA CINA,
SHUI ZAI ZUO NONG WO (SIAPA GURAU SENDA)


Shi shui shi shui shi shui shi shui zai zuo nong wo?
Wo shi sen lin zhi wang, bu yao lai chao xing wo.
bao qian wo bing bu shi gu yi.
Kai kai wan xiou qian wan bu yao sheng qi.


LENGGANG KANGKUNG

Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkong di tepi kolam,
Kalau kita sombong,
Nanti kita tak ada kawan...

Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkung di tepi sawah,
Kalau nasib untung,
Tahun depan dapat sekolah......

Lenggang-lenggang kangkung,
Kangkung tepi telaga,
Jangan bercakap bohong,
Semua orang tak suka...

Lenggang-lenggang kangkung..
Kangkung berbatas-batas,
Kalau orang sombong,
Tentu mendapat balas..

CAN MALICAN

Di mana dia,
anak kambing saya,
Anak kambing saya,
sedang berlari-lari.....

Di mana dia,
buah hati saya,
Buah hati saya,
yang pakai baju merah....

Can malican oi oi,
Can malican oi oi,
Can malican ketipung payung..

Kalau nak tahu,
anak kambing saya,
Anak kambing saya,
duduk di tengah padang........

Kalau nak tahu,
buah hati saya,
Buah hati saya,
adik berambut panjang.....
Can malican oi oi,
Can malican oi oi,
Can malican,
ketipung payung....

Tuesday, 27 September 2011

LAGU KANAK-KANAK : MARI MENYANYI, SAYANG SEMUA DAN TANYA SAMA POKOK...

MARI MENYANYI
Rendah tinggi, rendah tinggi,
Mari menyanyi,
Pic rendah, pic tinggi,
Itu melodi...

SAYANG SEMUA

Satu, satu saya sayang ibu,
Dua, dua juga sayang ayah,
Tiga-tiga sayang adik kakak,
Satu dua, tiga,
Sayang semuanya...

TANYA SAMA POKOK

Tanya sama pokok,
Apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok,
Angin yang goncang,...
Tanya sama angin,
Apa sebab goncang,
Nanti jawab angin,
                                Tanyalah awan.........
Awan nanti kata,
Aku kandung air,
Sampai tempat sejuk,
 Aku pun cair..

Lihat dalam air,
Nampak bayang-bayang,
Campak satu batu....
Bayang pun hilang!

LAGU KANAK-KANAK : LOMPAT SI KATAK LOMPAT, ANAK IKAN DAN SELAMAT PAGI


LOMPAT SI KATAK LOMPAT
Lompat si katak Lompat!
Lompatlah tinggi-tinggi, tinggi!
Cepatlah adik cepat,
Cepatlah bangun pagi-pagi..

Kalau adik malas bangun,
Pagi-pagi hari,
La la la la la,
                                 La la la la la,
                                 Nanti adik rugi..

Kalau adik malas lagi,
Malas bangun pagi,
La la la la la,
La la la la la,
Nanti adik rugi.



ANAK IKAN

Anaklah ikan,
Anak ikan Dimakan ikan,
Ikanlah kecil, Ikanlah kecil,
Banyak tulangnya,

Marilah kita,
Marilah kita bersukaria,
Sambil bernyanyi,
Sambil bernyanyi, gelak ketawa....

 SELAMAT PAGI

Selamat pagi, kami ucapkan,
kepada guru dan juga kawan,
La la la li lu, (3X)
La la la.....                                     

Monday, 26 September 2011

PENGAJARAN MUZIK TAHUN 1

PENGENALAN

MUZIK ITU INDAH..
MUZIK ITU MENENANGKAN JIWA..
MUZIK ITU LUAHAN HATI...
MUZIK MEMBUATKAN KITA GEMBIRA, LA LA LA LA.............

            

        Johami Abdullah, 1993, dalam bukunya 'Pendidikan Muzik Semasa', Lowell Manson, seorang tokoh pendidikan Muzik yang pernah digelar 'Bapa Pendidikan Muzik' di Amerika berpendapat bahawa semua pelajar boleh membawa banyak kebaikan kepada individu. Muzik mempunyai potensi untuk membantu seseorang individu:
a. menyedari keesaan Tuhan dengan lebih mudah
b. mendapat dan merasai ketenangan jiwa di paras yang lebih tinggi
c. menjadi warganegara yang lebih gembira dan harmoni.
          Tema bagi mata pelajaran Tahun 1 ialah Aku dan Muzik yang merupakan platform awal kepada murid-murid untuk memahami dan mengenal Muzik. Pelbagai aktiviti yang dirancang dan disaran bertujuan menyediakan peluang kepada murid meneroka elemen Muzik menerusi aktiviti Muzikal seperti bernyanyi, bermain alat Muzik, menghasilkan idea Muzikal serta membuat aktiviti gerakan. Selain itu, murid juga berpeluang untuk mengaitkan perasaan, persekitaran dan budaya mereka dalam setiap aktiviti Muzikal  dalam suasana gembira dan ceria.